Pages

13 July 2012

keluarga impian

KELUARGA IMPIAN...

Salman dan Sumayyah tidak pernah bercinta antara mereka, mereka bercinta selepas berkahwin malah selepas dua bulan mendirikan rumah tangga, Si suami menanyakan satu soalan kepada isterinya.

Suami : Dulu sebelum berkahwin dengan abang, apabila awak remaja awak tinggal bersama keluarga atau kawan-kawan?

Isteri : Keluarga, kenapa bang?

Suami : Bila awak ada masa bersama keluarga, aktiviti apa yang awak selalu buat?

Isteri : Kedua ibu bapa saya jarang ada di rumah, jadi bila mereka mengambil cuti, mereka selalunya akan membawa saya melancong ke luar negara.

Suami : (Menundukkan muka dan berkata) Sayang, kita sudah dua bulan berkahwin dan banyak pula masa lapang bersama, malah maafkan abang, abang tidak mampu membawa awak pergi melancong ke luar negara seperti waktu awak tinggal bersama keluarga dahulu.

Isteri : (Tersenyum sambil menggenggam erat tangan suaminya dan berkata) Takpelah abang, kita banyak masa bersama diisikan dengan abang mengajar,mendidik dan membawa saya mendalami ilmu agama. Walaupun abang tidak dapat membawa saya melancong ke luar negara atau ke bulan sekali pun, saya yakin abang boleh membawa saya ke tempat yang lagi indah dari bulan.

Suami : (Muka kehairanan) Dimanakah itu sayang?

Isteri : Syurga

Allahuma sollia ala muhammad.
Allahuma sollia ala muhammad.
Allahuma sollia ala muhammad.

Terima Kasih

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Blog Aku Miskin Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign