Pages

23 November 2012

Tidak dapat Ku Hitung NIKMAT Mu Ya ALLAH

yuhuuu....apa kabar semua..wah agak lama bam x update blog bam yang dah ada labah2 wat sarang (konon je kau bam)..
okay lah...
sebenarnya bam agak terkilan dengan sikap manusia yang lebih sudu dari kuah,hipokrit,tapi bam bersyukur bam didampingi oleh insan-insan yang berhati mulia..moga allah mengampunkan dosa kita..
kita selalu berasa diri kita terlalu bnyak dosa2 sehingga kita rasa agak mustahil untuk allah ampunkan kita,tapi percayalah,selagi kemahuan kita ingin berubah..pintu taubat pasti terbuka..

jika ada seseorang berkata pada kita..

" kau byk buat dosa,kau tak layak masuk syurga,org jenis kau mmg takkan diampunkan dosa oleh Allah.."

Jangan SEDIH dan PUTUS ASA kerana ALLAH kata dlm al-quran..

" bagi tahu hamba2 ku yg kecewa dgn diri mereka sndri,jangan mereka putus asa dgn RAHMAT ALLAH,jangan mereka kecewa dgn RAHMAT ALLAH..krn ALLAH maha mengampunkan DOSA.."

- (az zumar)

Terima Kasih

14 September 2012

kisah pemadam dengan pensil


pensil : aku mintak maaf !!!
pemadam : eh !! untuk apa?? kau meminta maaf ,kau tidak buat salah dengan aku ??

pensil: aku mahu minta maaf ,kerana aku kau sering sakit setiap kali aku melakukan kesalahan, kau sentiasa ada untuk memadam kesalahan aku.dan setiap kali itu lah kau semakin hari semakin kecil ...

pemadam : itu benar ..tapi aku tak pernah ambil hati walau sekalipun, aku dibuat untuk membantu kau apabila kau melakukan sesuatu yang salah. aku tahu aku akan hilang dan kau akan menggantikan aku dengan yang baru, aku
sebenarnya gembira dengan tugas aku. Jadi sila, jangan risau. aku benci melihat kau sedih.


.........................................
yang mana satu kah kita... pensil atau pemadam..???


Terima Kasih

7 September 2012

cup cake from nafzi enterprise

yuhuuu salam u olls hah...korang kenal blogger femes malaysia selain fatin liyana n lysaa faizureen..
wahhh ada lagi sowang blogger yang aku pling kagum lerr..irine nadia..setiap hari mesti bam akn bukak  blog  irine nadia...bam akan baca tentang perkahwinan beliau dengan suaminyaa..
bam kalau nak kahwin bam nak decoration yg cntik mcm event irine huhuh.. tipu la kalau 
korang ckap majlis dia biasa2..huhmmmm
tapi yang paling bam excited 
Chocolate Fountain Fondue huhmm nyummy


tadi bam dpt msg from owner nafzi enterprise
mintak bam mempekenalkan cup cake terbaru dari website tu hihihi

makasih sebab percayakan bam

APA TU NAFZI ENTERPRISE ????

nafzi enterprise merupakan organisasi yang membantu  pasangan2 pengantin yang bakal mendirikan PERKAHWINAN  tanpa perlu mergeluarkan bajet yang besar,atau kos perbelajaan yang tinggi diatas perkhidmatan nafzi enterprise,janji korang puas hati ...dan yg paling best sekali 
korang boleh request hantaran or cake yang macam mana yang korang mahu..dan nafzi enterprise buat   bg sampai mulut korang cakap wahhh samalahh cantiknyaa..hahahhah( over plak bam)
 bam bagi info sikit pasal nafzi enterprise:
jangn isau pasal harga ..sebab  kawan bam dah pernah try kot servis diaorang untuk event perkahwinan kawan bam
 diaorang cakap cantik sgt tambah plak harga nya murahhhh  wahhhhhhh
ok la tu 


cup cake pelbagai perisa pilih2 jangan malu..
 JAngan lupa bukak page nafzi enterprise untuk selanjutnya ...ok
HARGA MURAH !! janji anda sukaa 
ok kot slogan kat atas .hahahahhaha

p/s: entry ni berbau minta ditaja  hihihi 

Terima Kasih

Says.com Berwajah Baru . Nak DUIT tak ? Mari Sini BAM Ajar Cara Nak Daftar And Cara Guna Says

SAYS , salah satu tempat/cara BAM dapat sikit duit poket untuk hidup .
Kalau belum daftar lagi ,klik link ni  DAFTAR SINI

Tekan je BUTTON SIGN UP , then masukkan username , emel dan password . Jangan lupa VERIFY kat emel sekali ye untuk aktifkan :) Kalau korang nak tahu , sekali korang SIGN UP , says akan masukkan RM5 terus ke dalam account says . So , apa tunggu lagi ? SIGN UP cepat ! 

Lepas korang dah aktifkan / verify kat emel korang , sekarang BAM akan ajarkan , macam mana nak guna says ni dan macam mana nak dapat duit melalui says ni ?

Caranya memang mudah dan simple sahaja . 

1. First , korang ada nampak tak button SPECIALS di bahagian atas sekali ?

 
2. Haa , klik button SPECIALS tu .

3. Kemudian , korang akan nampak ada banyak-banyak iklan taw ? Yang ada tulis jumlah wang untuk iklan tu korang boleh lah SHARE LINK nya . Yang dah tulis complete tu , abaikan . Sebab kalau korang SHARE link pun , duit takkan naik punya :D


4. Macam mana nak dapatkan link untuk dipromotekan ye ? Bila korang dah klik salah satu iklan kan ,
 dia akan keluar seperti kat bawah ni . Dia akan nyatakan jumlah RM bagi iklan tersebut dan jumlah RM bagi setiap yang click-per unique visitor . Then , korang tekan BUTTON BROADCAST kaler hijau ! (dh macam Blekberi pulak nak broadcast bagai . haha )*

(KLIK UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS)*
 
5. Bila dah tekan broadcast tu , akan keluarlah link korang kat bahagian bawah sekali tu .
Copy link tu :

 
6. Paste link tu , di bahagian WALL POST FACEBOOK TWITTER atau di bahagian ENTRY BLOG KORANG :) Masa nak paste link tu , buat lah ayat yang menarik lagi tertarik supaya ada yang nak TEKAN link korang tu . Bila sorang click , dapat lah korang dua kupang ! 

7.  Ada yang tak faham atau tak jelas lagi dengan ayat-ayat kat atas ni ? Kalau ada yang tak faham , boleh je terus comment di entry ini . InsyaAllah BAM akan reply semua komen korang tu . 
 ! DAFTAR SEKARANG YE !! 


Terima Kasih

26 August 2012

blogger jadi pelakon..ok whatttt...

hah..salam semua sebab sudi jenguk bam ,meh..mehh..makan kuih raya nie hah!!!

tadi bam ada terbaca artikal kat fb bam  nie pasal si  hanis zalikha yang telah pon dipinang oleh ahmad idham
dlm filem terbaru beliau.....

whatt???? This is not fair okayyy!!!! y not me hah??
hahhah mood nak jeles je kan..okay sapa hanis zalikha nie ,dia nie blogger mcm itew2 gak.haaa..
tp dia ni ,ya rabbi memng perghhh( cantik , smpai xleh nk explain)
umur dia xsilp aku bwu jer 22

wahhh rezeki ko adik..



ini hanis zalikha


rezeki dia katakan..ye lah nak kate apa lg kan
turn aku belom lagi( hhahah nak jugak)
apa ingat bam xleh belakon ker
alooo kat sek mmg atif k blkon

bam dari kecik mmeng suka giler belakon,tp bam kan xcomel xcukup pakej,xsama rezeki macam nurfarah nazirah...walaupun dulu masa dia belakon masa tu bam tgok huhmmm chubby mcm nie pon leh blakon ker
tapi bila hayati movie nurfarah nazirah dalam hoore2 .aku terpikir rupa paras semua tu belakang citer  yang penting hati kiter dalam lakonan tu..hihihi sayunk nurfarah nazirah..awk dh tomei2 la


masa dia chubby

tgok sekarang slim melim giteuuu walawehh

bakal pelakon baru hohohohoh


mana la taw kan mamat khalid ker...aziz m osman ker  terbaca ker hohohoh
mana lebih penting bakat atau rupa..
atau keduanya???





Terima Kasih

14 August 2012

sebuah cinta ditemani penantian

hiii.salamm semua...arini bam terlebih rajin update blog..tp xpe kan hope korang enjoyyy

sebuah cinta ditemani penantian.
kadangkala aku berharap ia penuh kebahagiaan
namun engkau tidak pernah untuk mencuba
apakah aku harus terus menanti dalam penuh kesakitan

ungkap segala gundah dan resah dalam jiwa
mekarkan kerinduan dalam asmara
jangan kau sembunyikan rasa itu dari ku
ku harap besar sayangmu untukku

cinta itu memang indah tapi kadangkala
indah itu tidak semestinya cinta
bukan kekasih jika tidak merindu
bukan cinta jika tidak terguris
aku tahu engkau
hanyalah buah mimpi ku
kerana aku titipkan kerinduan untukmu



Lihat,Dengar dan Rasakan Seberapa Dalam Jerit tangis hatiku

Terima Kasih

ya saya ada penyakit....

salam semuahhh...sudi jenguk blog bam nier..
terasa mcm lama plak bam xupdate blog bam secara personal...
hidup bam kadang kala macam gelombang kadang ia mendamaikan tapi apabila gelombang itu menjadi tidak keruan..kadang kala kawan mjadi lawan..
begitulah hidup bam adakala bam pon pernah tersasar dari laluan sehingga terpaksa menyakitkan hati sesiapa sahaja..
bam ada penyakit hati..hati bam cepat panas(panas baran)
orang yang selalu bam sakitkan adalah ibu bam
sedangkan bam tahu syurga itu pasti dibawah telapak kaki ibu..
dan selepas itu pasti bam akan menangis ,sebab bam sedar..bam telah menyakitkan hati ibu bam sendiri..
jika ada diantara kami(adik beradik) cakap kasar dgn ibu bam
pasti bam akan marah adik2 bam
bam xmau adik2 bam ikut sikap kurang ajar bam ,yang sepatutnya bam harus menjadi contoh kpd adik2
iya bam tahu ,mungkin bam gagal menjadi anak yang baik untuk ibu bam,itu bam akui..
tapi bam sebenarnya sayang pada ibu bam..cuma bam xleh kawal penyakit hati bam..
kalau soal mintak ampun memang bam xkan lupa selepas solat bam xlupa
tapi bam jadi lupa bila hati bam panas..
 sedangkan  ibu bam..........
sempena ramdhan nie,bam sedang belajar mengawal hati..iya kadang kala agak sukar
tapi bam harus mengubahnya...
sesiapa yang terbaca entri nie,bam mohon sgt korang doakan bam agar terus istiqamah..dn mampu mnjadi anak yang baik ..
insyallahhh...




........bam rindukan ayah.........



Terima Kasih

13 August 2012

Cara Baru Tingkatkan Trafik Blog

banner

nak glamer atau tambahkan ramai follower

1) Klik banner diatas dan register (cuma perlu nama,email dan kata laluan).Dan macam biasa akan ada email verification.Klik dan dah boleh aktif.
2) Korang akan dapat 50 coins secara percuma.
3) Coins tu korang gunakan untuk promote sites korang termasuklah Blog, Twitter, Facebook, Google Plus.
4) Link blog korang akan disenaraikan dalam bloglist Asia Fans, dengan syarat korang buat satu entry mengenai Traffic Exchanger ini.Buat simple2 pun boleh.Contohnya letak banner AF dalam entri.Mudah kan?
5) Untuk dapatkan lebih banyak coins,mudah sangat! Bila dah daftar nanti, klik la pada earn coins.Macam kat bawah ni.Nampak kan? Paling mudah klik je Auto-Surf.Kalau korang blogwalking blehhhlahh jejalan ke blog2 yang sudah ada dalam bloglist sambil dapat coins free....
ok setakat ni tu je kah yang boleh aku bgtaw..sbb aku pon bru join web site nie mmg perghhh laaa...http://www.asiafans.net/index.php?ref=191 klu korang nk tambah follower pon atau korang ni memang jenis kaki jalan.so klik n daftar jer blog korang kat asiafan.net nih... lagipon aku nak bagitaw korang ini 100% buatan dari anak malaysia kita sendiri wehhhhhhhhhhhh walawehhh...jomm support services buatan malaysiaa nih... xkuar duit pon okkk



Terima Kasih





✿~ kita sekarang kebanyakkannya manja lebih, memanglah puasa, puasa ni kita tahan diri daripada makan dan minum bukannya tahan diri daripada membuat perkara-perkara lain. selalu sangat dengar "aku puasalah mana boleh jalan jauh-jauh, penat kot"
"penat lah cikgu puasa ni, cikgu janganlah bagi saya banyak kerja" sampai apa suruh pun tak boleh, alasan penat berpuasa.

✿~ Tau tak zaman Rasulullah dulu
, mereka siap berperang lagi dalam bulan Ramadhan ni. Bersyukurlah kita tak perlu buat semua tu, pernah kita terfikir saudara seislam kita di palestin, syria, apa mereka makan diwaktu sahur, dengan apa mereka berbuka?

✿~ ketuk dada tanya iman tu, jika tiada jawapan ambil wudhu ngadu pada Allah, kata hati kita dah jadi keras dah ni, masih susah untuk BERSYUKUR.

Terima Kasih




Rumah yang tidak disapu, setelah seminggu akan berdebu,
kereta yang dipakai setiap hari, lama-kelamaan perlu di service,

begitu juga hati kita..

jika kita tidak mencuci hati setiap hari,lama-lama ianya akan berkarat dan menjadi hitam.

cara mencuci hati yang termudah adalah
berzikir dan bermunajat setiap kali selepas solat.
solat sunat taubat dan mohon pengampunan pada Allah setiap hari.
membaca Al-Quran setiap hari walau 1 ayat.

mudah-mudahan hati kita sentiasa bersih dan hidup kita sentiasa diberkati olehNYA. amin..

klik share & like untuk anda kongsikan


Terima Kasih

22 July 2012

ya allah jika aku ....

Ya Allah,jika aku menjadi isteri kepada suamiku nanti,jadikanlah daku ISTERI yang paling cool,yang sentiasa membuat suamiku tertawa dan ceria..agar senantiasa dia merasa bahagia..

- Ya Allah,jika aku menjadi ibu kepada anak2 ku nanti,jadikanlah daku ibu yang friendly dan sporting,moga mampu meraih rasa hormat mereka padaku dalam mendidik mereka menjadi soleh dan solehah..

* Kerana suami dan anak2 adalah jalan utk aku meraih syurga mu wahai Allah..amin ya rabbal alamin..:-)

Terima Kasih

DILEMA WANITA ISLAM HARI INI

DILEMA WANITA ISLAM HARI INI..

"She COVERED and she looks BEAUTIFUL.."
"Dia pakai je tudung tapi STYLO pulak tu.."
"PERLU ke pakai LABUH-LABUH?"
"Kaki tak ada orang "usha', so tak pakai stokin pun takpe.."
"Dah tutup KULIT ni, mana ada AURAT dah.."
"Nak jadi MUSLIMAH yang BERGAYA..tak boleh ke?"

* Hendak jadi muslimah bergaya?? Bagaimana hendak TERANGKAN?
Al-Quran kan ada..:)

♥♥ Firman Allah :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang BERIMAN, supaya MELABUHKAN PAKAIANNYA bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai PEREMPUAN BAIK-BAIK) maka dengan itu mereka TIDAK DIGANGGU. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab : 59)

♥♥ "Barangsiapa yang memakai PAKAIAN yang menjolok mata, maka Allah s.w.t akan memberikan pakaian KEHINAAN di akhirat nanti.."
(H.R Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibn Majah)

p/s : Kita pakai CANTIK-CANTIK di akhirat sana nanti ye..;-)

Terima Kasih

ramadhanku tanpa DIA

salam semua..wahh dah lama bam tak post en3 baru kan ..yeahh..
amacam puasa arini ..sederhana atau x ???
umah aku huhmm xpyh citer r ,tambah pulak adik aku si nazifa tu huhmm beli macam2 kat bazar..
semua nak..itu nak..ini nak..last2 korang pon taw kan apa kesudahan dia kan
tak habis pon..
tapi kali ramadhan aku sedih sikit la..
ye la taun ni puasa tanpa ayah..
selalu meja makan ada 6 orang kami sekeluarga
tapi taun nie 5 jer
sebenarnya sedikit sebanyak bg kesan la keatas hidup fmily ak,ye lah
mana2 pon kehilngan org yg kita syg pon of coz beri kita kesan kan..
terutama mak aku..kadang2 aku dpt lihat mata dia basah2 jer
yer aku taw dia masih rindukan suaminya..
lelaki yang sentiasa disisinya kini tiada lg didepan matanya
apa boleh buatkan..
yang pergi xmungkin akan kembali..
ramadan tahun ni akan aku rebut hikmahnya..
insyallah..



Terima Kasih

13 July 2012

keluarga impian

KELUARGA IMPIAN...

Salman dan Sumayyah tidak pernah bercinta antara mereka, mereka bercinta selepas berkahwin malah selepas dua bulan mendirikan rumah tangga, Si suami menanyakan satu soalan kepada isterinya.

Suami : Dulu sebelum berkahwin dengan abang, apabila awak remaja awak tinggal bersama keluarga atau kawan-kawan?

Isteri : Keluarga, kenapa bang?

Suami : Bila awak ada masa bersama keluarga, aktiviti apa yang awak selalu buat?

Isteri : Kedua ibu bapa saya jarang ada di rumah, jadi bila mereka mengambil cuti, mereka selalunya akan membawa saya melancong ke luar negara.

Suami : (Menundukkan muka dan berkata) Sayang, kita sudah dua bulan berkahwin dan banyak pula masa lapang bersama, malah maafkan abang, abang tidak mampu membawa awak pergi melancong ke luar negara seperti waktu awak tinggal bersama keluarga dahulu.

Isteri : (Tersenyum sambil menggenggam erat tangan suaminya dan berkata) Takpelah abang, kita banyak masa bersama diisikan dengan abang mengajar,mendidik dan membawa saya mendalami ilmu agama. Walaupun abang tidak dapat membawa saya melancong ke luar negara atau ke bulan sekali pun, saya yakin abang boleh membawa saya ke tempat yang lagi indah dari bulan.

Suami : (Muka kehairanan) Dimanakah itu sayang?

Isteri : Syurga

Allahuma sollia ala muhammad.
Allahuma sollia ala muhammad.
Allahuma sollia ala muhammad.

Terima Kasih

12 July 2012

Couple In Islam

Selalu bertanya pada diri, couple tu bley ke tak dalam islam?...bley ke tak ni???
One day, one of my friend dpt article dari IKIM tentang couple dlm islam...it answer my question clearly...

Apa Kata Islam Tentang Couple???
Sebesar2 tajuk yang ditaip dlm article "percintaan: HARAM!!!
Dalam islam tiada istilah bercouple...kalau benar seorang lelaki itu mencintai seorang wanita seikhlas hatinya, tidak bley dia bercouple...bercouple adalah datang dari nafsu...buat apa menurutkan nafsu???

Dalam islam yang hanya adalah perkahwinan...cara2nya...bila seorang lelaki tu tersuka kat seorang wanita tak kiralah member ke, tak pernah kenal ke...dia kena buat solat istikharah dahulu sebelum memulakan langkah...minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adalah jodoh yang Allah telah tetapkan...

Kemudian, andai dah dapat petunjuk benar si dia jodoh yang Allah tetapkan, kena approach parents dia...bukannya approach dia...lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek...

Pastu,kalau perempuan ni pulak kena buat solat istikharah mintak petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia...kalau dah dapat petunjuk dari Allah dan parents kata ok,...tak bermakne bley dating, keluar bersama2 dan sebagainya...step seterusnya kena cepat2 tetapkan tarikh kahwin...pastu kahwin la, and happy ever after...InsyaAllah...so,...sedar tak yang sebenarnya step2 di atas adalah step utk meminang???

Kesimpulannya, dalam islam tak der istilah couple...kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi, marilah kita sama2 membanteras gajala2 bercouple ni...sbb bermula dari couple, mcm2 bley terjadi, tak payah la di sini saya sebutkan complication2 yg timbul slps bercouple...hehe2 mcm hypertension lak ada complication2...sanggupkah kita gadaikan agama hanya untuk kepuasan diri???

Ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm mne nak berdakwah kalau diri songsang???
Erm...pd sape yang terasa...maaf dipinta...sekadar renungan kita bersama...

Terima Kasih

11 July 2012

Bila Suami Puji Wanita Lain..;-)

“Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau.” Si suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.

“Oh. Di mana?” Dengan selamba si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburu telah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabar, namun dia hanya bersabar.

“Di Pavillion tadi. Muka dia, sebijik macam Fasha Shandha tau. Cantik sangat.” Jelas si suami sambil bercerita dengan lebih lanjut kepada isterinya.

“Oh…” Hati si isteri seperti tercalar bila suaminya memuji wanita lain selain dirinya. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak terlalu ketara perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi berminat untuk bercerita dengan isterinya.

“Sayang nak tau lagi tak? Ada perempuan lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa macam nak cubit pipi dia je tau.” Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar sahaja perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.

Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga ke pipi. Dia menangis teresak-esak kerana berasa suaminya tidak sayang kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.

“Kalau sayang nak tau, perempuan yang laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la.” Jelas si suami sambil mencubit pipi isterinya yang masih menangis teresak-esak.

*Bahagia Didunia Bahagia Di Akhirat..

Terima Kasih

10 July 2012

Hati adalah milik Allah SWT, kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah SWT dalam kehidupannya



10 TANDA HATI MATI ADALAH :


1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya

2. Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahNya

3. Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya

5. Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya

6. Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

7. Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya


8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya

9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri

10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.

Na’audzubillah minn dzalikSubhaanakalloohumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaaha illaa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik..
credit by: pen patah

Terima Kasih

tips wanita solehah

Wanita "menarik" jadi REBUTAN untuk DIPERMAINKAN, tetapi wanita solehah jadi REBUTAN untuk DIPERISTERIKAN"

MACAM MANE NK JADI SOLEHAH? BACA SEBAHAGIAN DARIPADA PANDUAN NI :)

> " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
>" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
An-Nur : 31
>" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
>" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
An-Nur : 31
>" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "
(Riwayat At-Thabrani)
>" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
(Riwayat Muslim dan Bukhari)
>"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32
>"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti"
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
>"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terima Kasih

9 July 2012

bakal bidadari syurga

" Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi "

:131: apa ni tetiba lagu sudirman kuar nie..urhmm mungkin aku terpikirkan si am kot..
okay la salam semua yang sudi singgah blog aku miskin nie...:face8:

:face28:ukhuks memandangkan hal ini meh aku nk share sesuatu yang bermanfaat

kita selalu berharap nak laki baik2,beragama , alim ,rajin beribadah,pendek kata sempurna di mata kita sebenarnya kita sedar atau tidak,bagaimana dgn hal keperibadian kita sudahkan kita berusaha untuk mengejar tittle wanita solehah..wahai kaum hawa..sama2 la kita membina jati diri yang terindah mungkin..insyallah allah akan kirim kan suami mengiringi kita hingga ke syurga :q::q::q: amin..
bukankah allah swt sudah berfirman :
“Perempuan yang JAHAT untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang BAIK untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(Surah An-Nur’: 26)
korang paham x apa yng aku nak sampaikan..maknanya kita persiapkan diri kita dulu,jadilah wanita didalam bekas kaca sukar disentuh hanya mampu dilihat...
bentuk peribadi kita terdahulu..sebelum mengharap jejaka idaman syurga..


BERUBAHLAH DEMI KEBAIKAN :)

Wanita "menarik" jadi REBUTAN untuk DIPERMAINKAN, tetapi wanita solehah jadi REBUTAN untuk DIPERISTERIKAN"



Terima Kasih

Blog Aku Miskin Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign