Pages

22 July 2012

ya allah jika aku ....

Ya Allah,jika aku menjadi isteri kepada suamiku nanti,jadikanlah daku ISTERI yang paling cool,yang sentiasa membuat suamiku tertawa dan ceria..agar senantiasa dia merasa bahagia..

- Ya Allah,jika aku menjadi ibu kepada anak2 ku nanti,jadikanlah daku ibu yang friendly dan sporting,moga mampu meraih rasa hormat mereka padaku dalam mendidik mereka menjadi soleh dan solehah..

* Kerana suami dan anak2 adalah jalan utk aku meraih syurga mu wahai Allah..amin ya rabbal alamin..:-)

Terima Kasih

DILEMA WANITA ISLAM HARI INI

DILEMA WANITA ISLAM HARI INI..

"She COVERED and she looks BEAUTIFUL.."
"Dia pakai je tudung tapi STYLO pulak tu.."
"PERLU ke pakai LABUH-LABUH?"
"Kaki tak ada orang "usha', so tak pakai stokin pun takpe.."
"Dah tutup KULIT ni, mana ada AURAT dah.."
"Nak jadi MUSLIMAH yang BERGAYA..tak boleh ke?"

* Hendak jadi muslimah bergaya?? Bagaimana hendak TERANGKAN?
Al-Quran kan ada..:)

♥♥ Firman Allah :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang BERIMAN, supaya MELABUHKAN PAKAIANNYA bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai PEREMPUAN BAIK-BAIK) maka dengan itu mereka TIDAK DIGANGGU. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab : 59)

♥♥ "Barangsiapa yang memakai PAKAIAN yang menjolok mata, maka Allah s.w.t akan memberikan pakaian KEHINAAN di akhirat nanti.."
(H.R Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibn Majah)

p/s : Kita pakai CANTIK-CANTIK di akhirat sana nanti ye..;-)

Terima Kasih

ramadhanku tanpa DIA

salam semua..wahh dah lama bam tak post en3 baru kan ..yeahh..
amacam puasa arini ..sederhana atau x ???
umah aku huhmm xpyh citer r ,tambah pulak adik aku si nazifa tu huhmm beli macam2 kat bazar..
semua nak..itu nak..ini nak..last2 korang pon taw kan apa kesudahan dia kan
tak habis pon..
tapi kali ramadhan aku sedih sikit la..
ye la taun ni puasa tanpa ayah..
selalu meja makan ada 6 orang kami sekeluarga
tapi taun nie 5 jer
sebenarnya sedikit sebanyak bg kesan la keatas hidup fmily ak,ye lah
mana2 pon kehilngan org yg kita syg pon of coz beri kita kesan kan..
terutama mak aku..kadang2 aku dpt lihat mata dia basah2 jer
yer aku taw dia masih rindukan suaminya..
lelaki yang sentiasa disisinya kini tiada lg didepan matanya
apa boleh buatkan..
yang pergi xmungkin akan kembali..
ramadan tahun ni akan aku rebut hikmahnya..
insyallah..



Terima Kasih

13 July 2012

keluarga impian

KELUARGA IMPIAN...

Salman dan Sumayyah tidak pernah bercinta antara mereka, mereka bercinta selepas berkahwin malah selepas dua bulan mendirikan rumah tangga, Si suami menanyakan satu soalan kepada isterinya.

Suami : Dulu sebelum berkahwin dengan abang, apabila awak remaja awak tinggal bersama keluarga atau kawan-kawan?

Isteri : Keluarga, kenapa bang?

Suami : Bila awak ada masa bersama keluarga, aktiviti apa yang awak selalu buat?

Isteri : Kedua ibu bapa saya jarang ada di rumah, jadi bila mereka mengambil cuti, mereka selalunya akan membawa saya melancong ke luar negara.

Suami : (Menundukkan muka dan berkata) Sayang, kita sudah dua bulan berkahwin dan banyak pula masa lapang bersama, malah maafkan abang, abang tidak mampu membawa awak pergi melancong ke luar negara seperti waktu awak tinggal bersama keluarga dahulu.

Isteri : (Tersenyum sambil menggenggam erat tangan suaminya dan berkata) Takpelah abang, kita banyak masa bersama diisikan dengan abang mengajar,mendidik dan membawa saya mendalami ilmu agama. Walaupun abang tidak dapat membawa saya melancong ke luar negara atau ke bulan sekali pun, saya yakin abang boleh membawa saya ke tempat yang lagi indah dari bulan.

Suami : (Muka kehairanan) Dimanakah itu sayang?

Isteri : Syurga

Allahuma sollia ala muhammad.
Allahuma sollia ala muhammad.
Allahuma sollia ala muhammad.

Terima Kasih

12 July 2012

Couple In Islam

Selalu bertanya pada diri, couple tu bley ke tak dalam islam?...bley ke tak ni???
One day, one of my friend dpt article dari IKIM tentang couple dlm islam...it answer my question clearly...

Apa Kata Islam Tentang Couple???
Sebesar2 tajuk yang ditaip dlm article "percintaan: HARAM!!!
Dalam islam tiada istilah bercouple...kalau benar seorang lelaki itu mencintai seorang wanita seikhlas hatinya, tidak bley dia bercouple...bercouple adalah datang dari nafsu...buat apa menurutkan nafsu???

Dalam islam yang hanya adalah perkahwinan...cara2nya...bila seorang lelaki tu tersuka kat seorang wanita tak kiralah member ke, tak pernah kenal ke...dia kena buat solat istikharah dahulu sebelum memulakan langkah...minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adalah jodoh yang Allah telah tetapkan...

Kemudian, andai dah dapat petunjuk benar si dia jodoh yang Allah tetapkan, kena approach parents dia...bukannya approach dia...lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek...

Pastu,kalau perempuan ni pulak kena buat solat istikharah mintak petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia...kalau dah dapat petunjuk dari Allah dan parents kata ok,...tak bermakne bley dating, keluar bersama2 dan sebagainya...step seterusnya kena cepat2 tetapkan tarikh kahwin...pastu kahwin la, and happy ever after...InsyaAllah...so,...sedar tak yang sebenarnya step2 di atas adalah step utk meminang???

Kesimpulannya, dalam islam tak der istilah couple...kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi, marilah kita sama2 membanteras gajala2 bercouple ni...sbb bermula dari couple, mcm2 bley terjadi, tak payah la di sini saya sebutkan complication2 yg timbul slps bercouple...hehe2 mcm hypertension lak ada complication2...sanggupkah kita gadaikan agama hanya untuk kepuasan diri???

Ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm mne nak berdakwah kalau diri songsang???
Erm...pd sape yang terasa...maaf dipinta...sekadar renungan kita bersama...

Terima Kasih

11 July 2012

Bila Suami Puji Wanita Lain..;-)

“Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau.” Si suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.

“Oh. Di mana?” Dengan selamba si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburu telah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabar, namun dia hanya bersabar.

“Di Pavillion tadi. Muka dia, sebijik macam Fasha Shandha tau. Cantik sangat.” Jelas si suami sambil bercerita dengan lebih lanjut kepada isterinya.

“Oh…” Hati si isteri seperti tercalar bila suaminya memuji wanita lain selain dirinya. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak terlalu ketara perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi berminat untuk bercerita dengan isterinya.

“Sayang nak tau lagi tak? Ada perempuan lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa macam nak cubit pipi dia je tau.” Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar sahaja perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.

Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga ke pipi. Dia menangis teresak-esak kerana berasa suaminya tidak sayang kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.

“Kalau sayang nak tau, perempuan yang laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la.” Jelas si suami sambil mencubit pipi isterinya yang masih menangis teresak-esak.

*Bahagia Didunia Bahagia Di Akhirat..

Terima Kasih

10 July 2012

Hati adalah milik Allah SWT, kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah SWT dalam kehidupannya



10 TANDA HATI MATI ADALAH :


1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya

2. Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahNya

3. Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya

5. Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya

6. Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

7. Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya


8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya

9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri

10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.

Na’audzubillah minn dzalikSubhaanakalloohumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaaha illaa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik..
credit by: pen patah

Terima Kasih

tips wanita solehah

Wanita "menarik" jadi REBUTAN untuk DIPERMAINKAN, tetapi wanita solehah jadi REBUTAN untuk DIPERISTERIKAN"

MACAM MANE NK JADI SOLEHAH? BACA SEBAHAGIAN DARIPADA PANDUAN NI :)

> " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
>" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
An-Nur : 31
>" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
>" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
An-Nur : 31
>" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "
(Riwayat At-Thabrani)
>" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
(Riwayat Muslim dan Bukhari)
>"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32
>"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti"
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
>"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terima Kasih

9 July 2012

bakal bidadari syurga

" Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi "

:131: apa ni tetiba lagu sudirman kuar nie..urhmm mungkin aku terpikirkan si am kot..
okay la salam semua yang sudi singgah blog aku miskin nie...:face8:

:face28:ukhuks memandangkan hal ini meh aku nk share sesuatu yang bermanfaat

kita selalu berharap nak laki baik2,beragama , alim ,rajin beribadah,pendek kata sempurna di mata kita sebenarnya kita sedar atau tidak,bagaimana dgn hal keperibadian kita sudahkan kita berusaha untuk mengejar tittle wanita solehah..wahai kaum hawa..sama2 la kita membina jati diri yang terindah mungkin..insyallah allah akan kirim kan suami mengiringi kita hingga ke syurga :q::q::q: amin..
bukankah allah swt sudah berfirman :
“Perempuan yang JAHAT untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang BAIK untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(Surah An-Nur’: 26)
korang paham x apa yng aku nak sampaikan..maknanya kita persiapkan diri kita dulu,jadilah wanita didalam bekas kaca sukar disentuh hanya mampu dilihat...
bentuk peribadi kita terdahulu..sebelum mengharap jejaka idaman syurga..


BERUBAHLAH DEMI KEBAIKAN :)

Wanita "menarik" jadi REBUTAN untuk DIPERMAINKAN, tetapi wanita solehah jadi REBUTAN untuk DIPERISTERIKAN"



Terima Kasih

7 July 2012

♥ AL-FATIHAH BUAT AYAH


Ucapan salam buat penghuni kediaman itu,
Namun tiada yang menyambutnya.
Hanya sepi menanti kedatangan kami,
Tenang….damai itulah suasana luaran,
Begitulah juga harapan ku pada penghuni di situ,
Tenang dalam perjalanan,
Ayah, kami mengiringi pemindahan ini,
Pemindahan yang memisahkan kita,
Sungguh kita terpisah,
Tapi ayah akan bertemu..bertemu dengan Cinta abadi,

Ayah…
Keringat kasih mu berbekas dalam hidup kami,
Giat membanting sayang demi kami,
Tercungap menahan lelah sehari,
Pengorbanan mu ayah kias permata,
Rehatlah wahai ayah,
Kami pulangkan ayah dengan hati hiba,
Airmata menahan sakit perpisahan tak diduga,
Saat ayah menjadi pelindung kami redha pulangkan ayah,
Sekian sahaja cinta ayah buat kami,
Kami rindu sentuhan tangan kasar ayah,
Kami rindu riang suara ayah,
Kami rindu seri wajah ayah,

Sekalung doa kudus & Al - Fatihah buat ayah,
Tanda sejambak segar kasih & seharum sayang dari kami,
Dulu secangkir jasa telah ayah semai,
Kini giliran kami membaja sekebun budi buat ayah,
Semoga Allah mencurahkan Rahmat buat kita,
Agar kasih sayang tidak mati malah terus bercambah,
Walau ayah tiada bersama kami,
InsyaAllah ayah kami bakal menyusul,
Kita akan berjumpa di Jannah nanti…
Tunggu kami ayah!



begging_pardon_from_god_by_neoyas_d3694l3 Nukilan
Zara Faihanah

Terima Kasih

6 July 2012

wajibbb baca

Warkah Untuk kekasih


Kekasih, maafkan diriku kerana sekian lama aku tidak pernah menyatakan cintaku padamu. Walaupun ku tahu kau amat mengasihiku, tapi entah kenapa aku seakan tidak mengendahkanmu.

Ku tahu kehadiranmu membawa cinta tulus suci, tapi aku tidak menghargainya seperti yang sepatutnya. Cintaku pada artis wanita lain dan dunia membutakan mataku. Aku alpa dan leka diulit maya percintaan fatamorgana.

Ku mengejar yusri, namun apakan daya kini dia milik lisa surihani. Bertahun ku tersiksa menanggung punah cinta asmara. Ku beralih arah pula pada fizo omar. Belum sempat ku menongkah, harapan ku musnah. Perjuangan ku kalah, mungkin tak cukup jampi serapah.

Sangkaku kali ini pasti berjaya, masakan tidak, segala mentera ku bertapa. Ku pertaruhkan harapan pada zizan raja lawak. Mulanya seakan dapat ku gapai, tapi akhirnya berserabai, ku tewas pada juliana evans. Bak lagu Ezlyn, Ku cuba meng "hai hai" tapi yang ku dapat hanyalah "Bye Bye".

Kecewa...
Merana...
Tersiksa...
Sandiwara...

Kekasih...

Masih adakah ruang dihatimu buatku. Aku malu seribu malu, cinta di depan mata tak ku rebut, cinta rapuh yang ku kalut. Namamu tak ku sebut, nama yang lain ku serabut. Diriku diliputi noda dan sendu selut. Pada syurga di wajahmu, selayaknya di sana kau menunggu ku. Keagungan cintamu bertalu-talu cuba menyapa keras hatiku. Kasihmu tak pernah berhenti, cuma aku yang tak mahu mengerti.

Maafkan aku, apakah aku manusia jahat, berkulitkan manusia berhatikan syaitan bangsat. Hari lahirmu pun ku tak ingat.
Kekasih...

Dalam kesempatan nafas yang berbaki, maafkan diriku. Aku malu tapi mahu sentuhan dan belaian daripadamu.

Apakah masih ada belas buatku, walau dirimu lama ku tak peduli. Di sana nanti, ku pohon agar kau pandanglah wajahku, kasihanilah jiwaku, sapalah nuraniku, syafaatlah diriku wahai kekasihku Ya Rasulallah!!!!



credit by:UsuliFaqih


Terima Kasih

5 July 2012

ὺ.ύ kiranya aku bukan untuk nya ὺ.ύ




salam ..tanks kat korang yg sudi check in kat blog aku wahhh klu malam2 cam gini memang sesuaikan nk felling2 hihihihih...
"alooop tila ap yg ko nak citer hah"??
story aku yg nk mory kt korank tentang DIA
aku kenal dia masa aku form 4 ahaks masa tu aku knl kt chating ja..dia jauh..nun sarawak,aku pulak perlis..

ni negeri aku
ni negeri DIA



so bila da bekenalan aku pon mula bercinta dengan DIA tp masa tu aku cuma budak 16 tahun ,akal jus nak hepy2 ja xde pon seyes dengan DIA,
ya maybe masa tu time monyet bercinta ja...(ni gambar hiasan aku xde kena mengen a dgn monyet tu )


tapi lps break up dgn DIA ,aku mula sedar sebenarnya aku sudah permainkan hati seorang lelaki,bukan budak yang berumur 17 thun masa tu ,aku dapat rasakan aku adlah pompuan ptama dlm hidup DIA..memandangkan DIA xpernah bercinta sebelum nie,

DIA banyak mengajar aku tentang soal agama, DIA lah selalu beri motivasi kat aku,dan DIA selalu pujuk aku kalau aku kena marah dengan bapak aku..dlm hati aku kenapalah aku sebodoh tu tinggalkan DIA..kenapa aku permainkan dia,kenapa aku buta xnampak cinta yang luhur dari DIA...

selepas kehilangan dia,aku cuba mencari penganti dia ,ramai yang aku bg peluang untuk jadi sebahagian dalam hidup aku,tapi .......semua xsama mcm dia ,xjujur mcm dia,
jadi bila aku terus dilukai aku akan merenung kad raya lusuh dh ..itu jer la kenangan aku dan dia dan gambar dia aku renung tajam2,

pernah aku mintak dia terima aku kembali..tapi dia dh anggp aku mcm kwn dh,xmungkin dia nk terima aku
sekali lagi aku mula hampa ..

orang cakap ubat nya adalah masa
maknanya telah berkapit2 la ubat masa aku telan untuk aku lupakn
adakah aku berjaya????
DIA
aku gagal............makin cuba lupakan makin kuat ingatan aku untuk DIA...pernah aku tanya pendapat kawan2 mcm mn nk pujuk hati DIA dan ini respon dr kawan aku yang aku rasa mugkn ini keb
  • awk x yah la nak push sgt2 kat dia..mungkin dia lebih berhait2 dgn kata2 awk..yg penting..be yourself..org lelaki suka pada perempuan yg mature,ada pendirian..lelaki..x suka yg gedix2..
  • pd sy..kes awk x teruk dr kes sy..
  • awk ekna hadapi..
  • kena*
  • mungkin berkawan..adalah yg terbaik utk awk berdua..apa2 pun..hanya allah yg tahu mana yg terbaik utk kitalast sekali..tawakal..berserah lah setelah smua cara diatas awk da buat..terimalah kenyataanx leh pujukmmg x leh pujukkes nikes x leh pujuksbbni soal hatikalau hati x terbuka utk awk..mmg xde la jwbnya..
"adakah aku di takdir hanya untuk menjadi kawnnya"
sedangkan hati aku telah aku abadikan nama DIA
kalau macam tu ku abadikah warkah ini untuk mu
untuk awak yang berada nun jauh disana...
AM ,tila xrasa warkah ni AM membacanya,jadi biakanlah ia bersarang disini... walaupun kisah kita telah 6 tahun berlalu,tapi masih terasa kebodohan tila kerana minggalkan am saat am sedang merasa apa itu cinta,maafkan tila sebab telah menrosakan kisah cinta am,percaya la sehingga hari ini tila masih merasa kecewa itu, dan setiap kali itu timbul penyesalan yang amat memilukan hati tila,am setiap kali tila berpeluang bercakap dengan am,waktu itu tila mengambil saat ini untk membuktikan pada am yang tila sudah berubah, jauh berubah am,tapi mungkin am xdapat merasakan atau am cuba menidakan kewujudan tila,ye lah sapa yang nk ingat wanita yng penrh menghancurkan hati suatu ketika dulu, am ...tila xtaw nk gambarkan perasaan tila supaya am nampak bertapa kasihnya tila pada am,

am ,bukan tila xpernah bg peluang pada laki lain untuk isi kekosongan hati tila,tapi diaorang kejam am,diaorang permaikan cinta tila hati tila,am
kegelisahan didalam kedinginan meniti sepi keseorangan
apabila ayah telah pon meninggalkan tila ,
keupayaan tila terbatas,

am jika saat ini am tidak mampu menerima tila
tila redha walaupun pahit mungkin ini takdir untuk kita berdua
biarlah tila mengundurkan diri sebab memang tila sedar am xkan kembali
walaupun sebenar2nya tila amat memerlukan am
tp sekurangnya biar tila hidup dlm memori ber sama am

mungkin ada sinar selepas ini..mohon didoakan yer am..
,


p/s: kalaulah masa mampu diputarkan semula xmungkin aku akan lukai DIA











Terima Kasih

4 July 2012

✾◕ ‿ ◕✾ santai bersama NA ✾◕ ‿ ◕✾










salam...winl..wink...
thanks yerk sbb sudi clik blog BAM , ari saja nk share pasal si NA aku hangout dgn dia smlm..hah sapa tu NA ,pompuan ker laki...(✿◠‿◠)...

ni lah NA( nadiah athirah )
acttly dia nie cousin aku, orang nyer perghhh lembut ,baik,giler ..bak kata kawan2 aku memang kelasss..lahhh..(;‿♥)
aku bosan dok umah so aku ajk ler NA ni g jejalan,teringgin nak naik titian gantung..


tgok tu excited gilerr NA nk naik

cousin ak ni ad pyakit TTK (takot tapi kontrol) konon nyer cian kat aku sb dah pay tiket nk naik benda alah nie (padhal mmg takut pon si NA ni..




muka bangga
saja nk show off sb dtp naik



tapi disbbkn hari nie bukn public holiday maka dengan bangganyer aku dgn si NA jer yg naik aritu so xpyh nk line up nk bli tket

candid lu..walawehh..


Are u ready NA ??

sempat ag pose konon2 padahal dh gayat  gilerr


view dari 15800  mm
titian gantung ni mmg tinggi giler r pecah peluh gak r jalan 




tekejut aku mampu naik setinggi  18350 mm


muka penat...

lpas penat berjalan memg sesuai sgt rendam kaki...
ala NA ni pon shoot aku jugak ...


perghh memang ralit dok sini

alohhh  mamat 3 ketul dtg dr mn laks xpuas si NA  nk tenyeh daki kt kaki..

eleh p sedim je pon....ok ler janji aku dgn si NA appy..ciptaan allah harganya tidak ternilai..pas ni  aku ajak NA holiday at cameron plak ,makn strawberry sambil berdiri hahhahahhahahha








Terima Kasih

Blog Aku Miskin Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign