Pages

11 October 2013

cubaan...cubaan..cubaan...




Sering melihat bagaimana kawan-kawan dan adik beradik melalui detik-detik menjadi ibu, tidak pernah terfikir pengalaman pertama BAm  bakal belajar banyak erti hidup.

perjalanan BAM sebagai bakal ibu,bermula selepas BAm dapat berita bahawa bam sudah hamil 2 bulan
malam itu Bam tidak boleh tidur,merenung siling bilik Bam ,dalam fikiran bercelaru,

"aku mengandung.....dah sedia ker aku jadi ibu?"
macam mana kalau aku xmampu jaga baby aku seperti mana mak jaga aku "?

Bermula dengan tiga bulan pertama kandungan, nikmat makan itu seolah ditarik, bila apa saja yang ditelan terasa bagai ada yang tak kena.
Suami pun naik pening nak melayan. Pukul 3 pagi pun mengaruk lapar, padahal baru sahaja makan pukul 11 malam tadi.
Itulah pengalaman ‘Morning Sickness’ yang merupakan pengalaman biasa yang dilalui oleh bakal-bakal ibu seperti Bam.
Bam selalu menganggap Morning Sickness itu seolah ujian penilaian awal iaitu sebagai ujian pembukaan untuk ujian-ujian yang lain.

dalam saat hamil,belaian dan perhatian suami sangat diperlukan,walaupun penat berkerja seharian,bila tiba
waktu malam sebelum tidur,bam pasti minta suami berbicara dengan baby dalam perut Bam
apabila suami bam mengusap perut bam seolah ada aura didalam perut,seolah baby 
tahu dia sedang mendengar suara ayahnya ...

anehnya perasaan ini....
bam beruntung sebab bam tidak mengidam pelik-pelik..apa yang bam ingin makan 
sentiasa ada di sekeliling Bam..mak bam paling  laju dalam hal ini
bila dengar bam teringan itu dan ini, mak sentiasa carikan untuk bam,kasih seorang ibu,memang tiada batasan

Badan kadang-kadang rasa lenguh semacam. Bukan satu tempat. Tapi satu badan. Bila perasaan tu datang. Mulalah mintak jasa baik En.Suami mengurut. Kejap-kejap urut tapak kaki. Kemudian urut tapak tangan. Lepas tu urut belakang pulak. Bersabar je lah En.Suami ek? Bak kata mak mertua Bam  "Lelaki dia merasa. Jadi dia tak tahu". Sangat betul. Cuma nak harapkan suami tu memahami apa yang kita rasa pun dah cukup bagus. Besar rahmat.

Sekarang terasa makin cepat penat. Lebih-lebih lagi waktu malam. Dah tak boleh berjaga ke pukul 12 malam. Pukul 11 dah tergolek. En.Suami tengok tv. Bam  plak tertido atas kusyen depan tv. Kadang-kadang masuk bilik tidur dulu.
Semalam Bam tanya En.Suami, dia ada urut Bam ke semalam? Dia kata ada.
Bam tergelak. Bam ngatkan Bam  mimpi kena urut. Rupa-rupanya En.Suami urut belakang Bam masa Bam tgh mamai-mamai atas katil. Patut la lena aje tidur Bam semalam.
"Habis Ayang  ingat labah-labah ke urut?"


*Gelak*


Thanks Sayang.















Terima Kasih

15 May 2013

jika seorang isteri menangis


haii..semua ..makasih sebab sudi singgah jenguk bam kat sini..
saat ni bam terusik sedikit perasaan ..
bam nak tuju pada semua para suami.mahupun bakal suami 
supaya alert sikit sikit dengan perasaan  isteri,jangan pakai tibaiii jaa nak cakap


jika isteri mu menangis di hadapan mu
"hargailah dia sebelum terlewat "
jika isteri mu menangis di hadapan mu
bererti dia tidak dapat menahan hibanya lagi
jika kamu memegang tangannya saat dia menangis
istermu pasti tidak akan meninggalkan mu

jika engkau membiakan dia pergi
dia pasti tidak akan kembali  menjadi dirinya dulu hingga selamanya

seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah
kecuali dihadapan orang yang dia sayangi kerana dia  akan menjadi lemah
seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah
kecuali dia sangat meyayangi mu
dan dia merendah egonya

wahai para suami,jika isterimu menangis,
jangan menyia-nyiakan mugkin kerana keputusanmu
telah merosakan kehidupan dia

saat dia menangis didepan mu,saat dia menangis kerana kau
lihatlah kedalam matanya,dapatkah kau lihat dan rasa bertapa sakit dirinya..






Terima Kasih

8 April 2013

NOTA HATI SEORANG ISTERI


kehidupan bam sebagai isteri terlalu  mencabar ,kalau dulu bam hanya seorang anak,kakak,
tapi pada hari ini bam adalah seorang isteri.
 dalam bahagikan masa  kadangkala bam beremosi dan tertekan kerana keadaan 
agak memenatkan bam,
rumahtangga yang harus diuruskan,perkerjaan yang harus dilaksanakan,

tapi bam akan motivasikan diri bam
Namun, bam  teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.
bam teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hati bam menjadi sejuk sendiri. 
Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

"hidup untuk diuiji ,ujian itu tidak akan ada hentinya selagi kita hidup,
selagi kita diuji  ,hanya allah saja memberi hikmahnya:

setelah berkahwin ,ramai kawan2 bam tanya?seronok x berkahwin.
 tapi bam belom ada jawapan lagi..
bagi bam perkwhwinan ini adalah perkar yang tidak terduga,tidak disangka.dan adakal juga ia xterjankau dek akal
 apa yang bam pasti perkahwinan adalah rahsia allah







Terima Kasih


Terima Kasih

7 April 2013

ku titipkan kerinduan pada seorang ayah

salam semua yang sudi singgah blog bam ,yang kadang2 bam pon malas nk nak mengupdatekan story mory kat korang..hohoho( bajet mcm korang kisah konon)
 hari ni hari lahir arwah ayah bam,tahun ni adalah tahun kedua pemergian ayah bam
bam sehingga hari ini  bam masih merindui ayah bam,ya bam tahu hanya al fatihah pengantar doa sebagai 
kalimah rindu pada ayah bam,
tapi apa kudrat bam sebagai seorang anak sulung bam rasa terpukul kehilangan ayah bam
bam masih mengingati setiap baris nasihat ayah kepada bam
kadang kala sehingga menitis airmata bam bila mengenang semula.
ayah seorang lelaki yang paling kuat dimata bam,
ayah seorang lelaki yang paling gagah di hati bam
ayag juga seorang perwira yang mengalir dalam darah bam
dah lama bam x melawat pusara ayah,
dah lama bam tidak membasahi pusara ayah dengan air yassin.
  tapi ayah sentiasa diingatan bam
Ayah..aku menyanjungi 
jasamu yang terlalu agung buatku

Terima Kasih

5 March 2013

kehidupan seorang isteri



hiii.... uolls..lama bam xupdate blog bam.rindu plak nk berblogging ari nie,yeahh tahun 2013 adalah
tahun yang pling bermakna bg bam..kerana bam pon telah menamatkan zaman bujang
bam ..yuhuu.
status bam pegang sekarang ialah PUAN..hhehhehe
yuhuu dah kahwen..

bila dah menjadi seorang isteri,secara automatic tanggungjawab pon dah berubah.kalau dulu
asyik dengan dunia siber..sekarang bam dan berkampung dalam dapur
mencuba dan menyentesis serta menganalisis kan masakan ..chewaahh..bunyi  mcm buat eksperimen jer..
bam kena belajar masak..suami bam xsuka mkn masakan luar.so kenar belajar ..
yeahh chef bam

kalau dulu asyik hang dgn kawan-kawan.so sekarang suami pulak jadi kawan itew
klu free ja bam akan kuar pergi mancing udang,karaoke (hubby bam always sing to song  lagu awie pedih syokkk )
                                                             

bam sedang pancing hati suami

sekarang bam sedang belajar menjadi isteri yang cemerlang,solehah
,rajin,peyejuk mata penawar dihati



doakan bam okay




Terima Kasih

15 January 2013

kepada bakal suamiku yang amat ku cintai..

kita bakal hidup bersama tak lama lagi..tila harus  memperjelaskan pada yus agar yus lebih memahami tila,
pertama sekali tila tahu tila bukannya satu- satunya pilihan yus yang ada..dan tila tidak pernah memandang bahwa tilla paling terbaik untuk yus. yang tila tahu cuma satu.tila akan berusaha untuk memahami yus dengan lebih dekat setelah kita tinggal sebumbung nanti, dan tila akan cuba menjadi isteri yang taat dan solehah dibawah bimbingan yus nanti..

 namun yus harus tahu kenapa tila memilih yus,dan tila tidak mengangkat yus paling terbaik semasa tila memilih yus.sebaliknya  tila merasakan yus berpontesi untuk membimbing tila  ke jalan yang lebih baik dan cara yus melayan orang sekeliling yus.tapi ini tidak bermakna yus tidak akan berubah dan hanya sentiasa baik di mata tila.tapi cukup la tila berdoa pada allah agar yus sentiasa kekal bergitu.
Mungkin yus ada pilihan lain selain diri tila  kerana tila  tahu ramai perempuan mahu menagih cintamu sayang tetapi tila yakin dengan kuasa dan takdir Allah yang menyatukan kita. Sebagaimana nabi yusuf yang digilai  ramai perempuan tetapi cintanya tetap untuk zulaikha. Bukan kemewahan yang melimpah ruah tila  harapkan cukuplah memadai cinta, ketulusan dan kesetian yang yus berikan kepada tila sebagaimana yus janjikan dahulu. Cuma itu.

Sesunggunya tila menghargai kesabaranmu melayan kerenahku dan keras kepalaku. Dengan sikapku yang tidak seberapa yus  masih mau memperisterikan tila. Jurang antara kita sangat jauh dan tila mohon janganlah kesabaranmu itu hilang selepas akad nikah nanti. tila adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah tila dengan kasih sayang.

Yang menantimu,
Bakal isterimu.


Terima Kasih

hikmah 2012



hiii semua .sorii yer sebab BAM dh lama x update blog,BAM  bz kit dgn life baru BAM sekrg,
tetapi  BAM ada story yang nak kongsi dengan uoll hihihi..
kehidupan BAM pada 2012 pelbagai memori  ada yang manis,dh bila ada yang manis  sudah tentu ada yang pahit jugak..kehilangan seorang ayah yang amat BAM  sayangi. dan memulakan tahun 2012 tanpa seorang ayah.
tahun 2012 juga BAM dirisik oleh seorang lelaki untuk dijadikan isterinya tetapi sesungguhnya allah mengetahui nasib hambanya ..BAM terpaksa memutuskan tali pertunangan disebabkan DIA tidak mampu menerima BAM sepenuhnya kerana didalam hatinya sudah ada nama wanita lain.jadi BAM melepaskan Dia pergi..

dalam waktu mengubat hati BAM yang terluka BAM berkenalan dengan sorang jejaka ,tapi kali ini
perasaan BAM bercampur baur,antara fobia dan ingin terima jejaka ini sebagai raja dalam hati BAM
perkenalan BAM dengan jejaka ini terlalu singkat .tetapi layanan dia terhadap BAM ibarat puteri ,BAM 
mula rasa takut ..BAM bimbang sekiranya BAM mula jatuh cinta BAM sendiri  akan disakiti..

setiap selesai solat,BAM tidak pernah berhenti berdoa "ya allah sekiranya dia untukku kau satukan hati kami,tetapi ya allah sekiranya bukan dia jodoh ku ,kau jauhkan rasa cinta ini untuknya"

pada suatu hari ketika BAM dijemput oleh jejaka ini untuk menghantar BAM balik  ke rumah
dia telah menyatakan sesuatu ayat yang selama ini BAM tidak pernah bayangkan..
                                     
                                        jejaka: ( sambil mengengam jari jemari BAM) sudikah awak menjadi isteri saya?
                                         BAM:(bam kelu mau apa di balas..jadi bam buat keputusan  untuk senyum saja)
                                                      saya akan trima awak sekiranya ibu saya terima awak .
26.1.2013 tarikh ditetapkan insha allah kami dinikah kan,perkenalan kami hanya sebulan sahaja
tapi kami ingin menghalalkan hubungan kami dengan ijabkabul yang bakal jejaka itu lafazkan
,akhirnya aku telah dapat nikmat itu..bercinta selepas nikah insha allah...
 bam ingin memohon maaf sekiranya selama BAm berblogging ada menimbulkan rasa tidak puas hati,bam minta maaf yer semua..diharap semua dapat mendoakan rumahtangga BAm nanti..




Terima Kasih

Blog Aku Miskin Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign