Pages

11 October 2013

cubaan...cubaan..cubaan...




Sering melihat bagaimana kawan-kawan dan adik beradik melalui detik-detik menjadi ibu, tidak pernah terfikir pengalaman pertama BAm  bakal belajar banyak erti hidup.

perjalanan BAM sebagai bakal ibu,bermula selepas BAm dapat berita bahawa bam sudah hamil 2 bulan
malam itu Bam tidak boleh tidur,merenung siling bilik Bam ,dalam fikiran bercelaru,

"aku mengandung.....dah sedia ker aku jadi ibu?"
macam mana kalau aku xmampu jaga baby aku seperti mana mak jaga aku "?

Bermula dengan tiga bulan pertama kandungan, nikmat makan itu seolah ditarik, bila apa saja yang ditelan terasa bagai ada yang tak kena.
Suami pun naik pening nak melayan. Pukul 3 pagi pun mengaruk lapar, padahal baru sahaja makan pukul 11 malam tadi.
Itulah pengalaman ‘Morning Sickness’ yang merupakan pengalaman biasa yang dilalui oleh bakal-bakal ibu seperti Bam.
Bam selalu menganggap Morning Sickness itu seolah ujian penilaian awal iaitu sebagai ujian pembukaan untuk ujian-ujian yang lain.

dalam saat hamil,belaian dan perhatian suami sangat diperlukan,walaupun penat berkerja seharian,bila tiba
waktu malam sebelum tidur,bam pasti minta suami berbicara dengan baby dalam perut Bam
apabila suami bam mengusap perut bam seolah ada aura didalam perut,seolah baby 
tahu dia sedang mendengar suara ayahnya ...

anehnya perasaan ini....
bam beruntung sebab bam tidak mengidam pelik-pelik..apa yang bam ingin makan 
sentiasa ada di sekeliling Bam..mak bam paling  laju dalam hal ini
bila dengar bam teringan itu dan ini, mak sentiasa carikan untuk bam,kasih seorang ibu,memang tiada batasan

Badan kadang-kadang rasa lenguh semacam. Bukan satu tempat. Tapi satu badan. Bila perasaan tu datang. Mulalah mintak jasa baik En.Suami mengurut. Kejap-kejap urut tapak kaki. Kemudian urut tapak tangan. Lepas tu urut belakang pulak. Bersabar je lah En.Suami ek? Bak kata mak mertua Bam  "Lelaki dia merasa. Jadi dia tak tahu". Sangat betul. Cuma nak harapkan suami tu memahami apa yang kita rasa pun dah cukup bagus. Besar rahmat.

Sekarang terasa makin cepat penat. Lebih-lebih lagi waktu malam. Dah tak boleh berjaga ke pukul 12 malam. Pukul 11 dah tergolek. En.Suami tengok tv. Bam  plak tertido atas kusyen depan tv. Kadang-kadang masuk bilik tidur dulu.
Semalam Bam tanya En.Suami, dia ada urut Bam ke semalam? Dia kata ada.
Bam tergelak. Bam ngatkan Bam  mimpi kena urut. Rupa-rupanya En.Suami urut belakang Bam masa Bam tgh mamai-mamai atas katil. Patut la lena aje tidur Bam semalam.
"Habis Ayang  ingat labah-labah ke urut?"


*Gelak*


Thanks Sayang.















Terima Kasih

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Blog Aku Miskin Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign