hiii semua .sorii yer sebab BAM dh lama x update blog,BAM bz kit dgn life baru BAM sekrg,
tetapi BAM ada story yang nak kongsi dengan uoll hihihi..
kehidupan BAM pada 2012 pelbagai memori ada yang manis,dh bila ada yang manis sudah tentu ada yang pahit jugak..kehilangan seorang ayah yang amat BAM sayangi. dan memulakan tahun 2012 tanpa seorang ayah.
tahun 2012 juga BAM dirisik oleh seorang lelaki untuk dijadikan isterinya tetapi sesungguhnya allah mengetahui nasib hambanya ..BAM terpaksa memutuskan tali pertunangan disebabkan DIA tidak mampu menerima BAM sepenuhnya kerana didalam hatinya sudah ada nama wanita lain.jadi BAM melepaskan Dia pergi..
dalam waktu mengubat hati BAM yang terluka BAM berkenalan dengan sorang jejaka ,tapi kali ini
perasaan BAM bercampur baur,antara fobia dan ingin terima jejaka ini sebagai raja dalam hati BAM
perkenalan BAM dengan jejaka ini terlalu singkat .tetapi layanan dia terhadap BAM ibarat puteri ,BAM
mula rasa takut ..BAM bimbang sekiranya BAM mula jatuh cinta BAM sendiri akan disakiti..
setiap selesai solat,BAM tidak pernah berhenti berdoa "ya allah sekiranya dia untukku kau satukan hati kami,tetapi ya allah sekiranya bukan dia jodoh ku ,kau jauhkan rasa cinta ini untuknya"
pada suatu hari ketika BAM dijemput oleh jejaka ini untuk menghantar BAM balik ke rumah
dia telah menyatakan sesuatu ayat yang selama ini BAM tidak pernah bayangkan..
jejaka: ( sambil mengengam jari jemari BAM) sudikah awak menjadi isteri saya?
BAM:(bam kelu mau apa di balas..jadi bam buat keputusan untuk senyum saja)
saya akan trima awak sekiranya ibu saya terima awak .
26.1.2013 tarikh ditetapkan insha allah kami dinikah kan,perkenalan kami hanya sebulan sahaja
tapi kami ingin menghalalkan hubungan kami dengan ijabkabul yang bakal jejaka itu lafazkan
,akhirnya aku telah dapat nikmat itu..bercinta selepas nikah insha allah...
bam ingin memohon maaf sekiranya selama BAm berblogging ada menimbulkan rasa tidak puas hati,bam minta maaf yer semua..diharap semua dapat mendoakan rumahtangga BAm nanti..