Pages

22 April 2012

Kullu nafsin zaa iqatul maut..(setiap yang bernyawa pasti akan mati)

salam semua terima kasih sebb sudi singgah blog aku yg miskin ini,tajuk entry  kali ini ,tentang kematian...pernahkah kita terdetik dalam fikiran berapa kali kita memikir tentang mati,adakah kita merasa seperti biasa atau sebaliknya ...semua yang hidup pasti akan mati bukan?? tapi adakah amalan kita sehingga hari ini sudah cukup memandai bagi kita,adakah dosa-dosa sebelum ini yakin allah telah menghapuskannya??
apakah kita pasti kita ke syurga ??? bagaimana hubungan kita dengan sesama  manusia sudahkah dia memaafkan kita ??

sentiasa aku berfikir tentang mati ,sebab aku sudah kehilangan seorang ayah,orang yang kita bergantung harap sudah pergi,bila menziarah pusaranya hati semakin pilu..dalam masa yang sama aku terdetik bilakah saat aku nanti ?? bagaimana aku mati nanti ??adakah dalan penuh keaiban..sesungguhnya bila memikir pasal kematian seluruh tubuh aku mengigil ,alangkah takutnya aku bila memikir akan kematian...

Kita Semua Bakal Bernikah Dengan Kematian..(muhasabah)
-Kita semua bakal bernikah...
-Kita semua bakal bernikah dengan kematian...
-Bersediakah kita untuk dijemput Izrail?..
-Bersediakah kita untuk menghadapi malam pertama bersama Munkar dan Nakir?
-Bersediakah kita menempuhi alam yang baru, tanpa bekalan yang benar-benar mencukupi?





maka bila aku ada masalah di tempat kerja  aku terpaksa meluahkan dengan tangisan,bukan kerana aku lemah tapi aku redha sekiranya allah ingin menguji aku aku terima dengan hati yang tawakal sebab aku mengharap ada hikmah sebaliknya..aku ingin menbalas setiap perbuatan tapi amanat arwah ayah harus ku teruskan ..biar orang bagi tahi kat kita,tapi kita balas dengan i bunga...biar buat dosa dengan allah tp jangan dengan manusia..ada sis menegur aku.aku terlalu baik?? aku bukan terlalu baik tapi amanat yang ayah aku wariskan maka aku tetap teruskan.aku percaya syurga neraka,maka naluri aku percaya,senjata ummah adalah sabar..


maka biarlah manusia terus mengata aku lembap,bodoh atau apapun gelaran,kerana allah itu satu dia melihat apa hamba yang lakukan,aku cuma mampu mengubah cara kerja aku,serta aku tidak lupa surah2 yang harus aku baca ,kerana hanya itu saja ubat penawar duka dihati...


soal jodoh 100% aku serahkan pada ibuku,telah aku berikan hak itu kepada ibuku,tiada cinta menlainkan cinta illahi dah ku hadiahkan untuk bakal  زَوْجُ  (suami)       
       


Terima Kasih

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Blog Aku Miskin Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign