Pages

1 December 2011

AKU MULA JAUH


kini aku mula jauh dari satu mimpi indah
hanya tinggal kisah kepedihan dalam hatiku
cintaku tulus halus ku hadiahkan untukmu dahulu
tapi kau gugurkan rasa itu di persimpangan tika aku sedang menunggumu
apa ertinya satu penantian jika hanya berbuahkan kekecewaan,
malamku hanya menjadi semakin sayu
siangku menjadi mendung seolah tahu kesakitan rasaku
pernah dulu aku cuba kunci hatiku untukmu
tapi kau tembus dengan janji-janji manis mu
aku mula akur dan terus berharap kau kotakan seluruh katamu

tapi mengapa kau pergi sebegitu sahaja
kau meminta aku memilih yang lebih baik dari mu
apa kau mula pudar dalam kasih sayang yang kau lafazkan dulu
mana impian yang kita janjikan ,
tak akan rela aku menunggumu

ya allah aku mengerti sekiranya kau jauh,
kerana aku yang mula menjauh dari rahmatmu
kau ampunilah dosa-dosa ku
berikan aku kehidupan yang baru
semoga aku tabah menghadapi perjalanan hidupku yang kau atur..

......amin.....

Terima Kasih

2 comments:

Blog Aku Miskin Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign