tarikh itu adalah satu sejarah
sejarah yang sukar diulang semula
hanya kenangan bertamu dalam mimpi
sekiranya masa boleh diputarkan semula
bermula sejarah baru dalam hidup
tangungjawab kini menjadi satu amanah
akan aku galas semampu daya ini
akan aku berikan kebahagian pada amanatku
memang ku masih rindukan nya
apa daya dia pergi tak akan kembali
hanya tinggal suratan takdir
mengharap hikmah sebaliknya
kepada ayahanda yang nun disana
akan ku iringi mu doa sebagai bekalan mu disana
semoga allah tempatkan mu bersama orang yang beiman
jangan gusar kita akan bertemu bersama
Al-Fatihah..semoga arwah dirahmati..insyaAllah..
ReplyDelete@Encik H insyallah...makasihh
ReplyDelete