Pages

16 June 2012

ego kau boleh bawak kau kemana



:131:hello there ( woiii xreti bg salam ker) salam semua thanks sebab sudi singgah blog aku yang miskin ni..xtaw bila blog aku nak kaya:face17:



:h::h::h::h::h: hari ni aku nk post pasal ego + sombong :face32:...:h::h::h::h::h:

sapa rasa diri dia ego sila kenyit mata ..hahahha:face42:
aku mmang ego giler tambah plak aku x ada rasa bersalah langsung..tapi bila aku sedar yang sebenarnya aku yang salah ,masa tu nak nangis pon x guna ,x mungkin orang tu nak maafkan kau,makan hati kot:face13:

sebenarnya aku nak tanya pendapat korang aku ingat nak post surat kat mesej fb member aku nie ,sb klu ckp dlm fon kompon2 kena maki ,face 2 face mmg x r...:face46:(ego ttp x ilang lagi huhuhuh )

korang baca k..

:103::103::103::103::103::103::103::103::103::103::103:

Salam …mesti ang berbulu kan nk baca mesej lebih2 ,orang yang remove ang dr friend list…

Pija sebenarnya aku xreti nak tulis surat nie.maklum lah bm aku pon xbrapa nk gud2..sat g tulis dlm bi ,jenuh ang translate pulak..sebenarnya aku nak minta maaf ikhlas dari sudut hati aku..aku insan yang sering melakukan kesilapan…aku mula sedar yang aku xbleh hidup tanpa kawan2 …lebih2 lagi hapieyja..aku sedih kenapa aku sanggup menyakiti hati kawan2..aku terasa teruk sgt..maafkan aku…klu aku mampu putar kan balik waktu2 itu xmungkin aku sangup wat hang mcm nie..benda ni aku dh tulis lama dh sejak kita gduh bulan 4 tu..aku simpan tp aku xtaw nak post time bila sbb.aku segan ad teh masa tu..sb aku pk aku xmau la kena ejek nnti..sebenanya aku nak mintak maaf kat kau ,aku kadang-kadang ckp pakai lepas ja..pija ko xrindu ka gelak tawa kita masa study dulu..jgn la buang aku macam tu ja..sedih aku..pija ko sahabat aku pija ..maafkan la sahabat kau nie..


:101::101::101::101::101::101::101::101::101::101::101:
:face28:mcm mn okay x.. toing..toing..(malu menebal ad ke patut bg korang baca surat aku)peace...

p/s: jangan lah ego plus sombong tu ,x kemana pon klu bawak sikap tu ...tgok aku sekarang dah nyesal:face53:
Terima Kasih

13 June 2012

Cinta Dan Perkahwinan


Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"


Moral :

Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..


credit : asiah yusra

Terima Kasih

Kisah Ulama' dan Pramugari

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.

Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari..

p/s: Hmmm saya selalu bercerita tentang qiyas yang Rasulullah guna antara solat 5 waktu dengan mandi 5 kali sehari. Tak terpikir pula nak kata "...Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari..." hihiii


Terima Kasih

10 June 2012

cinta dia yang tak mampu aku memiliki...

salam semua..wink..wink...arini post entry aku lagi sedih....:face32: aku nk post pasal cinta dia yang xmampu aku miliki...hari ni aku asyik teringat kat ex-BF #9 je. (Banyak sangat BF sampai kena letak # berapa, sengal2…) Ada beberapa kali gak mata aku bertakung, mengawal kemachoan di tempat awam. Apa kes aku teringat kat dia??? Ada la sebabnya yang aku tak nak nyatakan kat sini.

nama dia bermula dengan abjad A...(ayam ker,or arnab) xbleh la buboh nm dia kt sini nnt dia ingt aku syok lg kat dia..
dia nie mmg cool jer,sikit pon xpernah marah aku..even pon law aku wat salah kt dia..n dia xkan sesekali pon amik ati pasal aku...

tp dia ni mmg fail pasal cinta..xcaring lngsung ,aku makin fed up r sikap dia tu..asyik aku jer kna anta mesej lu ,kol dia dulu..pernah sekali aku try xnk mesej or kol semata-mata nk tggu dia anta dulu mesj ,tp taw2 dh 2 minggu dia xkol aku.hampeh(law depan mata mau2 aku fire die:face24:)
last aku kena mengalah(konon jerk aku windu kt dia lorr:131:)
tapi hubungan aku xlm


aku yang anta msg tu kt dia,sebb dia dh lupakan aku ,dh 2 bulan aku xdpt mesej dr dia..kadang2 aku termimpi2 tentang dia.so aku rasa dia pon dh bahagia ..
suatu mlm aku kol dia..dia ckp dia xleh bg komitmen kat aku lagi..dia still teringat kat awek lama dia..

kadang2 aku terpikir kenapa dia mintak aku jd sebahagian dlm hidup klu dia masih belum melupakan ex dia...argghhh aku rasa mcm nk bg penampaq free (nsib bukn depan mata aku..)

huhmmm
xlama aku dengan si A ..nak buat mcm mn lg..dia dh pilih cara hidup dia mcm tu..
sabar je la..

Sekarang ni, untuk hiburkan hati, aku kerja setiap hari, mula hobi baru (lipat kain), dan layan je hidup ni seadanya. Yang aku perasan gak, sekarang aku dah tak layan novel cinta lagi. Poyo je kan. Entah, macam rasa sakit hati tengok buku2 tebal tu. Seolah-olah ada makhluk jahat yang hidup dalam helaian novel tu. Haha!

Entri apa la ni, bosan betul. Maaflah ye. Ni je yang aku mampu tulis. Kalau tulis lebih, takut menangis pulak. Ni ada kat ruang tamu ni. Kalau menangis tetiba, tak ke cuak family aku tengok.

p/s:bercinta dengan A..aiipss bukan A tu tp Allah


Terima Kasih

Blog Aku Miskin Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign